Prebiu: James Bond-Quantum Of Solace
tehtarik rasa tak terlewat nak menulis mengenai filem James Bond-Quantum Of Solace yang tehtarik lihat di pawagam baru-baru ini pada 20 November yang lepas…
Permulaan ceritanya sahaja menyebabkan tehtarik terpegun aksi lasak kereta hero di kejar penjahat menggunakan Aston Martin dan kereta BMW sampai kemek-kemek kereta hero, kalau tehtarik bawak rasa dah pengsan dah tengokkan kereta mahal kemek-kemek sampai tercabut pintu.
Aksi kejaran dalam kuari juga tak kurang hebat lalu di lereng kuari rasa nak tercabut jantung tengok shot kamera dari tepi lereng…fuh rasanya tehtarik teruja sampai tak kebil mata….
Keseluruhannya cerita sangat menarik dan fakta yang best mengenai James Bond 007- Daniel Craig ni dia tak boleh tidur dan tak tidur (melainkan tidur ngan perempuan ada…) sebab terlalu memikirkan masalah yang dihadapinya. Fuhhh…hero tak tidur tapi boleh tahan sebab nak kejar penjahat.
tehtarik nak beri 4 bintang dari 5 bintang kerana aksinya dan jalan ceritanya. tehtarik memang minat cerita James Bond ni dari heronya Pierce Brosnan, Roger Moore, Timothy Dalton, Sean Connery. Syabas…
|
|
|
|
|
![]() |










Leave a Reply